Friday, January 7, 2011

ANNUAL TRIP 2010 : BANGKOK!



Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kpd follower blog ni and sorry sbb sangat lama tak updet.. Selaku penganggur dan pelajar lepasan SPM yang teramat bohsan di rumah , maka sy melantik diri sendiri menjadi pengupdet blog ni yang baru. Untuk post yang pertama sy tahun 2011 ini kita mulakan dengan annual trip 2010 kami sekeluarga iaitu ke Bangkok! bandar maksiat oppss bandar shopping..

Macam biasa la , naik airline budget je mestilah kitaorang naik kat LCCT. Guess what , di LCCT kami terserempak dengan peserta Imam Muda season 1 kalau tak silap namanya Hizbur yang jugak dalam flight yg sama ke Bangkok. The journey to Suvarnabhumi airport kira2 2 jam je..


Org2 jakun berposing di Suvarnabhumi airport

From Suvarnabhumi , tak payah susah2 cari teksi.. Travel around Bangkok guna LRT je.. Perkhidmatannya murah dan pantas ! Murah2 pun separuh duit habis naik LRT je..

Atiqah koya posing di terminal

The LRT service was quite excellent.. Bersih dan comfortable. BUT , kadang2 kesabaran teruji juga pabila terpaksa tengok iklan berbahasa siam all the way.. Percaya tak dari airport ke hotel gilababas jauh cuma rm7.50 untuk 5 orang.. tak percaya? tak percaya? Percayalaah..

Mangsa2 penat terpaksa tarik beg berat ke hotel ( Atiqah koya penat padahal ajam yang gagah perkasa angkat beg 30kg tu)


Technically kitorang sebenarnya menginap di Ascott Serviced Apartment (bukan hotel) . Sampai2 kat sini ingatkan boleh berehat , tapi kena tunggu 1 jam sbb bilik belum siap. Mama punya hot kalah gunung berapi. So , dalam usaha nak menyejukkan hati mama yang tengah bergelora..kitorang pergi SHOPPING!



Muka2 frust sbab bilik tak siap lagi.
Posing in front of the hotel (perhatikan lagak muka adzman)

Sementara bilik kami siap , kami tuju ke destinasi shopping yang pertama yakni MBK Shopping mall!..Wa cakap lu MBK ni kalau kita bandingkan dengan berjaya Megamall kuantan mmg macam langit dengan bumi la saiznya.. The mall ada berjuta - juta tingkat (hehe tipu la sampai juta2) tapi memang banyak.

MBK mall..

Malam tu pulak , ada street performers buat performance around area2 MBK mall.. Macam2 ada , badut , mime , artis siam , show kereta2 pelik.. Memang happening bandar Bangkok walaupun dah malam..



Me and this freaky siamese mime..






Adzman senyum evil sebelum melahap crepes atau tepes aku pun taktau..

End of part1 siri jalan2 Bangkok! Tunggu updet seterusnya tak lama lg dalam 2-3 hari lagi..

Sunday, August 1, 2010

MAKLONG IN DA HOUSE

Hari Khamis minggu lepas, MAK LONG Kedah datang jalan jalan ke Kuantan
Awon bawak depa, sampai pagi terus pi kebon cari durian. Dah bawak balik terus kenduri depan rumah...


Duku pon banyak juga. Satu kotak bawak balik Kedah, satu kotak bawak pergi Kota Baru untuk Ajam. Buah moktan pon ada satu kotak.







Saturday, July 3, 2010

DURIAN

Musim durian dah official. Buah dah banyak gugur. Kat dapor pon dah berlonggok longgok
Kat kebon pon lagi le banyak. Dalam seminggu lagi habis le kot pesta durian ni.


Makanan standard Mak Tok. NASI DURIAN kuah air suam.

Petang tadi dia masak pulak bengkang durian. Sedap juga kuih pesyen baru ni



Tapi yag tak boleh tahan, resepi terbaru. KEROPOK LEKOR cicah DURIAN.
Kat tempat lain tak boleh jumpa ni. Bau ikan campor durian jadi DURIKAN...

Tapi yang paling terbaru sekali ialah roti sapu durian. Bukan roti jem durian tapi roti taruh durian fresh.

Minta maaf durian sebijik durian buat serawa share ramai ramai kami tak main...
Hari hari makan sampai petang tadi ada orang pi check gula dalam darah, takut kencing manis pulak.


Sunday, June 27, 2010

UPDATE

Picture says a thousand words. Mak Tok and Mak Teh tengah mengangkut buah durian.

Durian dah start luruh. Baru satu pokok gugur, mungkin by next week ada banyak lagi kot.
Mai le Kuantan kalau nak rasa durian fresh...tak payah masak serawa durian sebiji kongsi ramai ramai.....

Thursday, May 27, 2010

Minggu lepas, kami pi le survey kebun, tengok apa dah jadi. Pokok manggis dah berbuah. Buah putik lagi tapi boleh tahan jugak banyak.

Sapu sapu daun luruh dan bakar untuk kasi cantik sikit kebon. Tup tup out of control, 2 pokok duku terbakar. Naya .... nasib baik pondok tak kena sekali. Tapi ada lagi pokok duku lain....yang masih sihat

Yang paling memberangsangkan, buah durian dah besar kepala budak. Dalam 3 minggu lagi luruh kot.. Pokok ni buah dia sedap, isi kuning dan ada pahit sikit..

Weekend ni kita pi survey lagi.


Sunday, April 25, 2010

UPDATE

Dah lama sangat tak update TOK SIRA 44 ni, blogger kami sibok...
Anyway tengok le blogger kami masa cuti sekolah lepas, aksi - aksi Usin Bolt
Lari slow tapi gaya mau ada...

Yang ni pulak aksi Ronaldo....

Tapi yang penting sekali, pemandangan dusun. Kalau tak ada hujan ribut, this year will be bumper year. Bunga pokok duku banyak. Sapa sapa nak makan duku free, mai le Kuantan dalam bulan 6 / 7 nanti.

Kalau nak kenai, macam ni le bunga pokok duku. Durian , manggis pon boleh tahan jugak.
Cuma kebon semak sikit tapi sikit lagi kita tebas la..





Saturday, January 2, 2010

Umrah 2009 - Part 2

Seperti selalunya aktivity hari kedua adalah ziarah luar. Antara aturcara wajib ialah lawatan ke masjid Quba, Bukit Uhud dan ladang korma.

Naik bas ke Masjid Quba. Orang tak ramai sangat dalam kumpulan kami ni so banyak le tempat duduk kosong. Boleh pilih nak duduk kat mana.



Sampai je ke Masjid Quba, terus sembahyang sunat tahhiyatul masjid, solat doha, kebaikan sama dengan 1 umrah di mekah .. Masjid ni pon dah banyak upgrade. Ada bumbung sliding lagi. Ntah macam mana Ajam pi ambik gambar mamat india posing minta doa dalam masjid.




Daripada masjid Quba, kami bertolak ke dataran Uhud. Tempat perang uhud dan maqam syuhada uhud. Banyak orang ziarah sini. Banyak juga jualan. Korma, habatus sauda, kacip fatimah macam macam ada.


Ajam posing depan maqam syuhada uhud.



Adzman bergaya dengan Tok Arab jual korma
Tok Arab ni lagi bergaya. Ajam dapat dapat korma free. Halal - halal


Lebih kurang satu jam jugak kat situ. Ada satu family pi panjat bukit dan terlebih shopping. Mama sabar je......

Kemudian nya kami dibawa ke ladang korma pulak. Actually dia orang bawak ke tempat jual korma bukan nya ladang pon. Beli le sikit sikit sebab mama kata beli kat pasar korma dekat dengan masjid nabi lagi bagus.
Banyak lagi gambar tapi malas le nak download. Kita sambong lagi bila blogger kami balik cuti dari Pengkalan Chepa nanti. Semalam dah pi hantar dia, muncung je bila kena balik sekolah.