Saturday, November 29, 2008

KELANTAN PART II

Atiqah dah abis SPM so kami pon kena le pi ambik dia dan barang barang yang teramat le banyak. Ada buku, bantal, baldi, baju, dan macam macam lagi. Penuh satu bontot persona..


Kami lepak kat KB dulu satu malam buat lepas penat, beli belah sikit kemudian esok nya plan balik Kuantan. Keluar hotel pukul 10.00 pagi, dah kena jem terok kat pekan KB.


Hujan turun tak berenti renti, amaran hujan tahap jingga. Banjir dah bermula di pantai timor. Nak ikut jalan biasa Sg Tong ke Ajil dah tak boleh. Tengelam...


Terpaksa pergi KT tapi tengah jalan ada air naik. Orang berenti tepi jalan tapi kami redah je


Persona dengan megah nya meredah banjir.. nasib baik lepas..... skill zaman dulu dulu.

Masok gear satu, tekan minyak, jangan brek..insyallah ok.

Perjalanan sekali ni teramat le slow. Sampai KT dah dekat pukul 5.00 ptg. Berenti sembahyang kat masjid terapong kuala ibai. Masjid hadhari. Beberapa point penting untuk ambik perhatian



Tandas dia cuma buka 1/2 jam sebelum dan 1/2 jam selepas masok waktu sembahyang. MAsjid ni untuk sembahyang saja, jangan nak ambik kesempatan buang air. Ni le masjid pertama dalam malaysia yang kunci toilet tak bagi orang guna.


Kalau nak guna toilet sila ke tandas awam. 50 sen untuk kencing. Dia punya toilet canggih tapi mungkin yang paling mahal di pantai timor kot...


By the way masjid hadhari ni, bocor sana sini. Baldi ada merata tempat. Karpet basah dan dia punya bau dah macam susu basi....

Lepas sembahyang kami pon sambong tapi ada accident pulak dekat marang. Mat teganu bawok keta laju...... dalam hujan pon depa bedal semacam.....
Sampai rumah pon dah dekat tengah malam, tapi sempat jugak singgah kat Mesra Mall Kertih, sembahyang isyak.

Tuesday, November 18, 2008

Adzman dapat result

13 november 2008 , adzman dapat result upsr dan buat pertama kali dia mendapat keputusan cemerlang(selama ni tak pernah dapat cemerlang) so dia mintak XBOX360 sebagai hadiah tetapi dia harus menjadi orang suruhan ayah selama setahun.


Gambar waktu ambik result. Syok ooo......

slip result UPSR 2008 ori tu....

ini lah hadiah UPSR adzman, beli kat Holiday Plaza..
Tapi, adzman terpaksa jadi kuli ayah selama setahun 


So , kepada aniq yang akan menduduki exam upsr tahun dpan , buat elok2 dan mintak ps3 pulak.