Sunday, August 1, 2010

MAKLONG IN DA HOUSE

Hari Khamis minggu lepas, MAK LONG Kedah datang jalan jalan ke Kuantan
Awon bawak depa, sampai pagi terus pi kebon cari durian. Dah bawak balik terus kenduri depan rumah...


Duku pon banyak juga. Satu kotak bawak balik Kedah, satu kotak bawak pergi Kota Baru untuk Ajam. Buah moktan pon ada satu kotak.







Saturday, July 3, 2010

DURIAN

Musim durian dah official. Buah dah banyak gugur. Kat dapor pon dah berlonggok longgok
Kat kebon pon lagi le banyak. Dalam seminggu lagi habis le kot pesta durian ni.


Makanan standard Mak Tok. NASI DURIAN kuah air suam.

Petang tadi dia masak pulak bengkang durian. Sedap juga kuih pesyen baru ni



Tapi yag tak boleh tahan, resepi terbaru. KEROPOK LEKOR cicah DURIAN.
Kat tempat lain tak boleh jumpa ni. Bau ikan campor durian jadi DURIKAN...

Tapi yang paling terbaru sekali ialah roti sapu durian. Bukan roti jem durian tapi roti taruh durian fresh.

Minta maaf durian sebijik durian buat serawa share ramai ramai kami tak main...
Hari hari makan sampai petang tadi ada orang pi check gula dalam darah, takut kencing manis pulak.


Sunday, June 27, 2010

UPDATE

Picture says a thousand words. Mak Tok and Mak Teh tengah mengangkut buah durian.

Durian dah start luruh. Baru satu pokok gugur, mungkin by next week ada banyak lagi kot.
Mai le Kuantan kalau nak rasa durian fresh...tak payah masak serawa durian sebiji kongsi ramai ramai.....

Thursday, May 27, 2010

Minggu lepas, kami pi le survey kebun, tengok apa dah jadi. Pokok manggis dah berbuah. Buah putik lagi tapi boleh tahan jugak banyak.

Sapu sapu daun luruh dan bakar untuk kasi cantik sikit kebon. Tup tup out of control, 2 pokok duku terbakar. Naya .... nasib baik pondok tak kena sekali. Tapi ada lagi pokok duku lain....yang masih sihat

Yang paling memberangsangkan, buah durian dah besar kepala budak. Dalam 3 minggu lagi luruh kot.. Pokok ni buah dia sedap, isi kuning dan ada pahit sikit..

Weekend ni kita pi survey lagi.


Sunday, April 25, 2010

UPDATE

Dah lama sangat tak update TOK SIRA 44 ni, blogger kami sibok...
Anyway tengok le blogger kami masa cuti sekolah lepas, aksi - aksi Usin Bolt
Lari slow tapi gaya mau ada...

Yang ni pulak aksi Ronaldo....

Tapi yang penting sekali, pemandangan dusun. Kalau tak ada hujan ribut, this year will be bumper year. Bunga pokok duku banyak. Sapa sapa nak makan duku free, mai le Kuantan dalam bulan 6 / 7 nanti.

Kalau nak kenai, macam ni le bunga pokok duku. Durian , manggis pon boleh tahan jugak.
Cuma kebon semak sikit tapi sikit lagi kita tebas la..





Saturday, January 2, 2010

Umrah 2009 - Part 2

Seperti selalunya aktivity hari kedua adalah ziarah luar. Antara aturcara wajib ialah lawatan ke masjid Quba, Bukit Uhud dan ladang korma.

Naik bas ke Masjid Quba. Orang tak ramai sangat dalam kumpulan kami ni so banyak le tempat duduk kosong. Boleh pilih nak duduk kat mana.



Sampai je ke Masjid Quba, terus sembahyang sunat tahhiyatul masjid, solat doha, kebaikan sama dengan 1 umrah di mekah .. Masjid ni pon dah banyak upgrade. Ada bumbung sliding lagi. Ntah macam mana Ajam pi ambik gambar mamat india posing minta doa dalam masjid.




Daripada masjid Quba, kami bertolak ke dataran Uhud. Tempat perang uhud dan maqam syuhada uhud. Banyak orang ziarah sini. Banyak juga jualan. Korma, habatus sauda, kacip fatimah macam macam ada.


Ajam posing depan maqam syuhada uhud.



Adzman bergaya dengan Tok Arab jual korma
Tok Arab ni lagi bergaya. Ajam dapat dapat korma free. Halal - halal


Lebih kurang satu jam jugak kat situ. Ada satu family pi panjat bukit dan terlebih shopping. Mama sabar je......

Kemudian nya kami dibawa ke ladang korma pulak. Actually dia orang bawak ke tempat jual korma bukan nya ladang pon. Beli le sikit sikit sebab mama kata beli kat pasar korma dekat dengan masjid nabi lagi bagus.
Banyak lagi gambar tapi malas le nak download. Kita sambong lagi bila blogger kami balik cuti dari Pengkalan Chepa nanti. Semalam dah pi hantar dia, muncung je bila kena balik sekolah.