Wednesday, December 30, 2009

Umrah 2009 - part 1


Hari Sabtu 19 Dec 2009, setelah berbulan mama berhempas pulas berperang dengan UTAS travel, maka kami sekeluarga berjaya juga untuk melangkah kaki ke Saudi Arabia.

Di KLIA tanpa disangka- sangka ( thanks to CIMB ) kami dapat masuk ke MAS business lounge sementara menunggu untuk boarding flight MH150 ke Jeddah. Apa lagi melantak secukup cukup nya, makan free .... sedap pulak tu....




Lepas makan kena lari untuk boarding. Tapi Adzam sempat ambik gambar dengan SIA girls lagi...

Setelah berhempas pulas ( makan, main game ,tidor, makan lagi ) dalam flight MAS selama lebih kurang 9 jam, kami pon selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport. Imigresen Arab slow giler.. tunggu dekat 2 jam baru clear.
Ada orang dah siap Ihram sebab dia orang akan terus ke Mekah tapi kami pi Madinah dulu


Naik bas pulak ke Madinah, sampai dah dekat sembahyang subuh. Nie gambar keluar sembahyang subuh dari ELAF TAIBAH hotel. Sejok jugak pagi tu.

Lepas subuh kami bantai tidor samapi pagi kemudian keluar jalan jalan ziarah dalam kawasan masjid Nabi. Waktu ni masih ramai orang haji so tersangat lah sesak. Kawasan dataran masjid dah ada payong besar... cantik beb...kat Kuantan tak dak lo..



Sempat ambik gambar kat perkuburan Baqi.


Nanti kami posting lagi gambar di Madinah..menarik...tunggu. Anyway tengokle dulu Atiqah buat ziarah kedai dan adzman " beriktikaf " dalam masjid


Tunggu......

Sunday, November 22, 2009

Before @ After.....



Setelah sekian lamanya tak update blog ni yang dah agak bersawang , post harini bertajuk b4 and after.. Nak tahu apa yang b4 and after? Sila ikuti blog ini untuk pengetahuan lanjut...



Kita start dengan...
ADZMAN atau nama samaran beliau AJEMAN


Masa umur 6 bulan , air liur pun masih meleleh - leleh lagi


masa ni pulak umurnya 1 tahun , seperti biasa air liur meleleh bagaikan air terjun Niagara Falls


gambar ni pulak masa umurnya 2 tahun , umur baru 2 tahun tapi dah blagak pakai stetoskop macam doktor.


Masa umur 3 tahun

Gambar ni pula masa umurnya 8 tahun , masih kurus lagi
Gambar beliau tersenyum lebar ni pula masa family day , umur 9 tahun.. Entah apalah yang dia senyumkan tu

Gambar ni masa percutian di Bali , umurnya10 tahun



Finally , ni gambar yang paling latest.. Masa hari raya 2009





Sampai sini sajelah transformasi ADZMAN dari kecik hingga besar..

Seterusnya kita akan tengok transformasi ATIQAH pula dari kecik hingga besar gedabak..

































































































































































Monday, July 27, 2009

Ajeman pulak chicken pox

Selepas je kite pi hantar ajam balik MRSM, ajeman pulok kena chicken pox.
Dia punya serangan boleh tahan jugak. Ini le yang paling terok kami pernah tengok.
Benda tu keluar punya le banyak. Cuba tengok di bawah.


Member tengah demam dalam kereta.


Sekarang dah baik tapi parut masih banyak lagi....

Wednesday, July 1, 2009

Ayampox!

23 jun 2009 , ajam terpaksa balik rumah sebab terkena satu virus yang sangat berbahaya iaitu.... Jeng Jeng Jeng Chickenpox! Awas! viewer discretion amat dinasihatkan untuk melihat imej2 di bawah!



hehe tipu je.. gambar ni mama tengah sapu lotion untuk kurangkan gatal.. Gatal sampai boleh jadi gila ooo






muka serupa red indian.. Penuh tompok2 lotion kat badan.. Macam alien pun ada


Gambar ni pulak tunjuk daun2 semambu ditempek atas badan.. Gatal2 dia jangan cerita la



Untuk cepat sembuh , ayah kutip buah kelapa saiz gergasi dan bukak untuk dapatkan jus dia..
Buah kelapa ni kulit je tebal , air sikit je

Monday, June 29, 2009

KOLEJ MARA BANTING...

Tanggal 23 Jun 2009 setelah lebih 6 bulan duduk kat rumah, Atiqah pon kena le pergi sambong sekolah....babai rumah,HELLO Kolej Mara Banting!!!






Ni perjalanan untuk ke kolej tu..kolej tu sebenarnya bukan dekat Banting tapi dekat Dengkil..dalam hutan kelapa sawit.




ni la entrance ke kolej tu..



penuh satu bonet kereta Atiqah punya barang. Biasa le Mama punya kerja le ni.



masa pendaftaran pelajar baru..blok akademik diorang..ramai betul orang masa pendaftaran..



lepas registration kena pergi dengar taklimat, punya le lama. Adzman pon bukan main concentrate......



Lepas taklimat pergi ke asrama dia. Sebijik macam MRSM. Kesian Atiqah lepas MRSM kat Kelantan masok MRSM kat kebun sawit pulak.



Mama ni tong sampah pon dia check.



satu bilik dua orang. sabar je la....



ni masa nak balik dah,bergambar depan toilet depa.kali tak de dah la toilet sorang2..kena share..


salam bersalaman kami pon bertolak ke Kuantan..
THE END


Wednesday, June 24, 2009

UTP Part2

masa cuti semester 1 yang lepas , ajam pergi ke UTP untuk menghadiri kem sains MRSM Se-Malaysia
Di bawah ni gambar ajam posing dalam IRC di UTP..


Ni gambar Information Resource Centre di UTP , IRC tu sebenarnya sama je fungsinya dgn library , cume nama glamour kat utp je
Bergambar dengan abang facilitator , nama dia abg akmal.. BTW team kami buat eksperimen pasal rectifiers , so dia la yang banyak tolong kami sebab dia amik bidang electrical engineering



Posing depan chancellor hall , besar gila dewan kuliah dia..
Last2 , kami kena buat presentation lepas dah buat eksperimen.. Takut n nervous gila sebab kena present depan lecturers n student , tapi alhamdulillah boleh buat jugak








Tuesday, June 9, 2009

ADZAM KE MRSM TAIPING

pada hari Sabtu ari tu,Adzam kene pegi MRSM TAIPING dan UTP TRONOH untuk menghadiri Karnival Sains..





ni la MRSM TAIPING..mrsm ni teramatlah lawa..dikelilingi oleh hutan dan mrsm ni dkat ngan bukit larut..belakang mrsm ni ade air terjun..kalah mrsm pc..













mrsm ni pon dekat ngan zoo taiping..kalo bdk2 mrsm ni nak fly bole pegi zoo ni je..dkat sgt..tak sampai 1 kilometer pon..



masa tgh tunggu cikgu Adzam yg teramatlah lambat..kami singgah makan kat Taiping Lake Garden utk makan sat..sume kedai kat Taiping tutup tak tau nape..so makan je la kat Din Laksa ni..


makan makan