Tuesday, February 8, 2011

Pak Ngahku kahwin lagi??

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.. Akhirnya selepas berminggu - minggu plan nak update belog yang tidak seberapa ni akhirnya ada jugak masa terluang(ceh padahal 2 bulan duduk rumah tak buat apa2). So this post sy nak buat pendedahan eksklusif kenduri kesyukuran pak ngah a.k.a Aizran Aziz sempena perkahwinan beliau dengan pasangannya Azimah Aziz. Selaku paparazi yang diupah khas dari Kuantan bandar lestari sy akan dedahkan gosip2 , cerita2 hangat yang berlaku sekitar majlis teresebut( tgok banyak sgt melodi)

Kami bertolak dari Kuantan pd hari Rabu sbb Kolej Atiqah tak ambik cuti raya cina panjang2. So perjalanan kami from Kuantan-KL-Kedah dan total flight hours kira2 10 jam (hehe tipu je kami naik kereta).

 Bergaya kemain mcm mak datin.

The kenduri was on Thursday dan seperti biasa geng TOKSIRA44 bersiap siaga dengan penuh style dengan gaya memukau untuk kasi jeles sama orang2 Merbok.

Tokwan and the gang relek2 sebelum majlis
Majlis bermula dengan bacaan Yassin bersama orang2 kuat Masjid Merbok. Selesainya bacaan ayat2 suci bermulalah sesi makan2.

Suasana kenduri yang ceria-meria

The menu that day semua sodap2 belako dimasak oleh tukang2 masak profesional serata Kedah seperti Ayam masak merah , Daging kurma , Acar( ada ke makanan ni?) , nasi tomato dan kuah manis tu nama taktau kami lantak je.
 
Lepas makan mesti cuci pinggan kan? Oleh sebab kenduri ini budget punya kenduri maka kuli2 atau nama profesional AJK Kebersihan terdiri daripada saudara - mara kami juga seperti saya sendiri , adzman , luqman , najmi , ayon , ayie dan member2 diorang sekolah Baling. Berbekalkan span , sabun basuh pinggan cap ayam dan kain 'goodmorning' kami pun laksanakan tugas dengan penuh dedikasi walaupun tidak diberi upah
( ayah dan pakngah sila terasa)

Wow rajin sungguh belia berbaju hijau tu mencuci pinggan dari kotoran degil. Ajeman pula tukang bilas pinggan bagi kilat mcm kepala harith iskandar dalam iklan nescafe. haluss



 Supervisor kami a.k.a big boss




Semua sedara mara Tokwan yang berjantina XX..
(Perhatikan atiqah yang memang tak menyumbang apa2 selain menghabiskan aja makanan)
 


 Member2 pakngah zaman muda2 di sekolah sains dahulukala



Kuli pun lapar juga
 

Syukur alhamdulillah everything went smoothly. Kenduri tamat kira2 pukul 6 petang dan siap kemas khemah petang tu jugak. Orang yang paling gumbira was Tokwan sebab semua sanak saudaranya hadir ke kenduri kira macam reunion keluarga la. Semoga pakngah and pasangannya bahagia bersama hingga ke akhir hayat(ceh ayat novel cinta).. After the kenduri tamat kami straight balik rumah Maklong dan tidur tak sedar2.. Wait for the next post!

Tuesday, January 18, 2011

Annual Trip 2010 : Bangkok part 3

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia , for this post tak banyak sangat update sebab kebanyakan gambar dah diupload oleh mama kat facebook(ceh padahal malas). So tak banyak tulis untuk post kalini. This is the remaining gambar yang blom diupload.. Enjoy the pictures!

Atiqah n pelakon korea apentah..
Haha curi tongkat Gandhi
Adzman , Atiqah and Mr Mahathir
So we end this pathetic post with a picture of Adzman posing with his new cap..

Thursday, January 13, 2011

ANNUAL TRIP 2010 : BANGKOK Part 2




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia sy ucapkan kt follower2 Toksira44 yang setia membaca belog yang tak seberapa ni(hehe bajet ada follower). In this second post , sy akan kupas sikit ttg second day of our adventures in Bangkok!

Apartment yang kami stay in was extremely selesaa.. Lagi2 selepas bailk bilik semalam pukul 9 malam and mmg kaw2 letih.Tak percaya? Buktinya tgok Adzman and (mmm taktau siapa tu) pukul 10 pagi pun tak bangun2 lagi..Waa..sodapnya mereka berdua melayan mimpii..

Kalau nak tahu sekarang pukul 10 pg

Hari kedua pula kami pergi ke Chak Tu Chak market . Chatuchak market is the biggest open-air weekend market in Thailand opening especially on Saturday and Sunday from 10 am. to 6 pm. in the evening.  There are more than 8000 shops provided. So , mmg pasar ni besar gedabak n macam2 boleh jumpa kat sini mcm baju , perhiasan , pets u name it..

Rambang mata?























auntie2 I wan this one ok?


Seperti  biasa la yang excited shopping mama dgn atiqah je. Ayah , Ajeman n yours truly bosan yang teramat sebab terpaksa ikut diorang nak tawaf pasar ni. So kami pun melantak aiskrim kelapa jual tepi2 jalan. Sedap sangat  Ayah siap tambah 3 mangkuk lg tak kira pun berapa kalori aiskrim2 tu.
 (hehe banyak sangat tgok biggest loser)
Pondan spotted!


Patung2 dijual juga ye puan-puan

Makcik siam tengah menyediakan cuisine siam yang ekslusif yakni aiskrim siam
Beg2 tangan pelbagai pesen dijual tapi awas jangan terbeli kulit 'barbie'

Lama jugaklah jalan2 area Chak Tu Chak market. Then kita tuju ke next destination pulak Sukhumvit Road!
Menurut sumber2 yang boleh dipercayai , di Sukhumvit Road ada banyak shopping mall n kedai2. The attraction is reachable via LRT so mmg senang nak sampai.

After Sukhumvit , kami decide nak jalan2 Shopping malls yang bdekatan. Tapi niat suci sdikit tercabar sebab ada perhimpunan Baju Merah yakni konco2 Thaksin. So beribu-ribu orang Thailand berhimpun di tengah2 jalan untuk tunjuk perasaan. Sebagai penyokong setia Thaksin , Atiqah pun dengan lagaknya pakai baju berkaler merah untuk menyokong kaumnya yakni kaum siam..(hehe jangan marah Atiqah)
Atiqah berlagak seperti supporter baju merah.



Perhimpunan damai je takde bom2.

So , we end our post here. The next post will be more exciting sebab kita melawat Madame Tussauds museum pula.. Bye bye!

Friday, January 7, 2011

ANNUAL TRIP 2010 : BANGKOK!



Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kpd follower blog ni and sorry sbb sangat lama tak updet.. Selaku penganggur dan pelajar lepasan SPM yang teramat bohsan di rumah , maka sy melantik diri sendiri menjadi pengupdet blog ni yang baru. Untuk post yang pertama sy tahun 2011 ini kita mulakan dengan annual trip 2010 kami sekeluarga iaitu ke Bangkok! bandar maksiat oppss bandar shopping..

Macam biasa la , naik airline budget je mestilah kitaorang naik kat LCCT. Guess what , di LCCT kami terserempak dengan peserta Imam Muda season 1 kalau tak silap namanya Hizbur yang jugak dalam flight yg sama ke Bangkok. The journey to Suvarnabhumi airport kira2 2 jam je..


Org2 jakun berposing di Suvarnabhumi airport

From Suvarnabhumi , tak payah susah2 cari teksi.. Travel around Bangkok guna LRT je.. Perkhidmatannya murah dan pantas ! Murah2 pun separuh duit habis naik LRT je..

Atiqah koya posing di terminal

The LRT service was quite excellent.. Bersih dan comfortable. BUT , kadang2 kesabaran teruji juga pabila terpaksa tengok iklan berbahasa siam all the way.. Percaya tak dari airport ke hotel gilababas jauh cuma rm7.50 untuk 5 orang.. tak percaya? tak percaya? Percayalaah..

Mangsa2 penat terpaksa tarik beg berat ke hotel ( Atiqah koya penat padahal ajam yang gagah perkasa angkat beg 30kg tu)


Technically kitorang sebenarnya menginap di Ascott Serviced Apartment (bukan hotel) . Sampai2 kat sini ingatkan boleh berehat , tapi kena tunggu 1 jam sbb bilik belum siap. Mama punya hot kalah gunung berapi. So , dalam usaha nak menyejukkan hati mama yang tengah bergelora..kitorang pergi SHOPPING!



Muka2 frust sbab bilik tak siap lagi.
Posing in front of the hotel (perhatikan lagak muka adzman)

Sementara bilik kami siap , kami tuju ke destinasi shopping yang pertama yakni MBK Shopping mall!..Wa cakap lu MBK ni kalau kita bandingkan dengan berjaya Megamall kuantan mmg macam langit dengan bumi la saiznya.. The mall ada berjuta - juta tingkat (hehe tipu la sampai juta2) tapi memang banyak.

MBK mall..

Malam tu pulak , ada street performers buat performance around area2 MBK mall.. Macam2 ada , badut , mime , artis siam , show kereta2 pelik.. Memang happening bandar Bangkok walaupun dah malam..



Me and this freaky siamese mime..






Adzman senyum evil sebelum melahap crepes atau tepes aku pun taktau..

End of part1 siri jalan2 Bangkok! Tunggu updet seterusnya tak lama lg dalam 2-3 hari lagi..

Sunday, August 1, 2010

MAKLONG IN DA HOUSE

Hari Khamis minggu lepas, MAK LONG Kedah datang jalan jalan ke Kuantan
Awon bawak depa, sampai pagi terus pi kebon cari durian. Dah bawak balik terus kenduri depan rumah...


Duku pon banyak juga. Satu kotak bawak balik Kedah, satu kotak bawak pergi Kota Baru untuk Ajam. Buah moktan pon ada satu kotak.







Saturday, July 3, 2010

DURIAN

Musim durian dah official. Buah dah banyak gugur. Kat dapor pon dah berlonggok longgok
Kat kebon pon lagi le banyak. Dalam seminggu lagi habis le kot pesta durian ni.


Makanan standard Mak Tok. NASI DURIAN kuah air suam.

Petang tadi dia masak pulak bengkang durian. Sedap juga kuih pesyen baru ni



Tapi yag tak boleh tahan, resepi terbaru. KEROPOK LEKOR cicah DURIAN.
Kat tempat lain tak boleh jumpa ni. Bau ikan campor durian jadi DURIKAN...

Tapi yang paling terbaru sekali ialah roti sapu durian. Bukan roti jem durian tapi roti taruh durian fresh.

Minta maaf durian sebijik durian buat serawa share ramai ramai kami tak main...
Hari hari makan sampai petang tadi ada orang pi check gula dalam darah, takut kencing manis pulak.


Sunday, June 27, 2010

UPDATE

Picture says a thousand words. Mak Tok and Mak Teh tengah mengangkut buah durian.

Durian dah start luruh. Baru satu pokok gugur, mungkin by next week ada banyak lagi kot.
Mai le Kuantan kalau nak rasa durian fresh...tak payah masak serawa durian sebiji kongsi ramai ramai.....