Tuesday, February 8, 2011

Pak Ngahku kahwin lagi??

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.. Akhirnya selepas berminggu - minggu plan nak update belog yang tidak seberapa ni akhirnya ada jugak masa terluang(ceh padahal 2 bulan duduk rumah tak buat apa2). So this post sy nak buat pendedahan eksklusif kenduri kesyukuran pak ngah a.k.a Aizran Aziz sempena perkahwinan beliau dengan pasangannya Azimah Aziz. Selaku paparazi yang diupah khas dari Kuantan bandar lestari sy akan dedahkan gosip2 , cerita2 hangat yang berlaku sekitar majlis teresebut( tgok banyak sgt melodi)

Kami bertolak dari Kuantan pd hari Rabu sbb Kolej Atiqah tak ambik cuti raya cina panjang2. So perjalanan kami from Kuantan-KL-Kedah dan total flight hours kira2 10 jam (hehe tipu je kami naik kereta).

 Bergaya kemain mcm mak datin.

The kenduri was on Thursday dan seperti biasa geng TOKSIRA44 bersiap siaga dengan penuh style dengan gaya memukau untuk kasi jeles sama orang2 Merbok.

Tokwan and the gang relek2 sebelum majlis
Majlis bermula dengan bacaan Yassin bersama orang2 kuat Masjid Merbok. Selesainya bacaan ayat2 suci bermulalah sesi makan2.

Suasana kenduri yang ceria-meria

The menu that day semua sodap2 belako dimasak oleh tukang2 masak profesional serata Kedah seperti Ayam masak merah , Daging kurma , Acar( ada ke makanan ni?) , nasi tomato dan kuah manis tu nama taktau kami lantak je.
 
Lepas makan mesti cuci pinggan kan? Oleh sebab kenduri ini budget punya kenduri maka kuli2 atau nama profesional AJK Kebersihan terdiri daripada saudara - mara kami juga seperti saya sendiri , adzman , luqman , najmi , ayon , ayie dan member2 diorang sekolah Baling. Berbekalkan span , sabun basuh pinggan cap ayam dan kain 'goodmorning' kami pun laksanakan tugas dengan penuh dedikasi walaupun tidak diberi upah
( ayah dan pakngah sila terasa)

Wow rajin sungguh belia berbaju hijau tu mencuci pinggan dari kotoran degil. Ajeman pula tukang bilas pinggan bagi kilat mcm kepala harith iskandar dalam iklan nescafe. haluss



 Supervisor kami a.k.a big boss




Semua sedara mara Tokwan yang berjantina XX..
(Perhatikan atiqah yang memang tak menyumbang apa2 selain menghabiskan aja makanan)
 


 Member2 pakngah zaman muda2 di sekolah sains dahulukala



Kuli pun lapar juga
 

Syukur alhamdulillah everything went smoothly. Kenduri tamat kira2 pukul 6 petang dan siap kemas khemah petang tu jugak. Orang yang paling gumbira was Tokwan sebab semua sanak saudaranya hadir ke kenduri kira macam reunion keluarga la. Semoga pakngah and pasangannya bahagia bersama hingga ke akhir hayat(ceh ayat novel cinta).. After the kenduri tamat kami straight balik rumah Maklong dan tidur tak sedar2.. Wait for the next post!

1 comment:

chah mohamad said...

mana gambar pengantinnya? tgk org cuci pinggan je x vest la....jgn mare ye toke sabun cap ayam...