Monday, October 27, 2008

Kelantan

Hari rabu minggu lepas kami travel ke kelantan nak tengok atiqah graduate. Somehow kami sampai ke ... KELANTAN KORIDOR DEPU... tolong lah sapa sapa bagi tau apa benda ni.....



Kami singgah lunch kat Jertih. Mama order sup tulang tapi yang sampai SUP LEMAK
Lemak campur air aje, daging lansung tak dak.

Seperti biasa, sampai je KB kami teruih ke Pengkalan Kubur. Standard landscape tokong Budha kat Tumpat. Bendalah ni banyak along the road

Mama ada le shopping sikit pinggan mangkok and Adzman beli boxing glove + jersey + selipar
Buah buah tak banyak sekarang dan mahal pulak tu.

Pagi khamis, ada Majlis Restu kat masjid pengkalan chepa. Rupa rupa ada sembayang hajat campur sedikit tazkirah dalam bahasa kelantan. Apa benda imam tu cakap pon tak tau. Dengar dan anggok buat buat paham. Mama posing dengan Atiqah depan masjid.
Kami sampai awal juga ke dewan tapi dah penuh. Dapat duduk reserve seat kat belakang sekali.
Ajam ngan Adzman tak mau pi pon, dia orang main game kat hotel...

Atiqah pula duduk depan sekali...
Depa ni awal awal lagi dah warning jangan ambik gambar waktu majlis. So tarak lak gambar, yang ada hanya posing lepas majlis abis. Atiqah pon dah 2 kali graduate, skali kat tadika sinaran dan sekali lagi mrsm.

Jumaat je, kita pon terus berangkat pegi Kedah via Rantau Panjang... Shopping lagi le. Nothing much to write about Kedah tapi ada 3 perkara worth mentioning:


1. kami jumpa classmate Dr Mahathir masa depa belajar di Sultan Abdul Hamid College. Ada ambik gambar tapi tak sesuai nak share kat sini....


2. daun pokok kapur barus baik untuk sakit tekak dan ubat batuk. Ada anak pokok kami bawa balik untuk semaian kat Kuantan.


3. Roti jala paling besar di dunia ada di Sungai Petani. RM1.50 satu set.


cheers











3 comments:

Hafizah said...

Daun kapur barus tu rasa2 macam ada kat rumah megah ria..dia ada bau kuat2 sikit kan...camana nak guna dia untuk buat ubat... saya batuk dah dekat 2 bulan tak baik2 ni..la ni budak2 pun dah ikut sama batuk2 + semput lagi...

toksira44 said...

ambik 2 / 3 helai and rebus macam buat teh. Minum sikit sikit.
Make sure pokok tu betul. Memang ada bau kuat macam pudina.

Hafizah said...

ohh...gitu yea...maktok kata kalau orang dulu2 ambik daun tu ramas2 dgn kapur then lumur kat tekak...takpelah, kita try 2-2 cara nengok camana...thank you!